Friday, October 28, 2011

Apakah Hukum Seseorang Azan Di Gereja?

Soalan

Assalamualaikum.Saya ingin bertanya apakah hukum seseorang itu melaungkan azan di gereja?Saya lihat perkara ini berlaku di luar negara semasa satu dialog antara agama diadakan.Mereka memulakan majlis tersebut dengan melaungkan azan di gereja.Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Melaungkan azan di dalam gereja adalah harus hukumnya, kerana melihat kepada hukum solat di dalam gereja. Nabi pernah bersabda dan maksudnya"
 “Aku akan beri lima perkara yang aku tidak pernah beri kepada sesiapa.” Lalu baginda pun menyebutkan salah satu daripada lima perkara tersebut : “Aku jadikan tanah ini sebagai masjid dan tempat yang bersih,, sesiapa yang ingin bersembahyang, maka bersembahyanglah.” (Riwayat al-Bukhari)
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment