Saturday, October 15, 2011

hukum fiqh

Solat Sambil Duduk

Thursday, 07 January 2010 00:00 al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Print PDF
Assalamualaikum. Ustaz, saya tak dapat berdiri kerana sakit lutut. Bolehkah saya solat sambil duduk?

Berdiri ketika membaca al-fatihah adalah salah satu rukun solat. Sekiranya tidak mampu maka bolehlah solat sambil duduk. Dalilnya ialah sabda Nabi kepada `Imran bin Hushayn radiyallahu `anhu:
صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: "Solatlah dalam keadaan berdiri. Maka sekiranya kamu tidak mampu hendaklah dalam keadaan duduk. Seterusnya, sekiranya kamu tidak mampu maka dengan berbaring.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment