Tuesday, November 1, 2011

Hukum rejam sampai mati kepada penzina..kejamkah..????????

Sekumpulan 'militan Islam' memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.


kenapa perkataan militan digunakan bila ada kumpulan yang menghukum pesalah dengan hukum Allah..mengikut syariat Islam..bukankah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah adalah wajib hambanya patuhi..

pagi tadi TV1 dalam rancangan SPM..bahagian sekmen tajuk2 akhbar pengulasnya menyatakan hukuman rejam sampai mati yang dibuat di Somalia itu adalah kejam...bila orang pertikaikan hukum yang Allah buat samalah dia pertikaikan Allah..siapa kamu untuk pertikaikan Pencipta kamu..cakap ikut sedap mulut tak guna ilmu..tak guna akal..ummi rasa ramai yang boleh tentukan apakah hukumnya kepada hamba yang pertikaikan perintah2 Allah..tu pasallah umat Islam sekarang ini terima macam2 bala...buat perkara yang Allah larang...tolak yang mana Allah suruh..

Di Somalia hukum Allah dilaksanakan walaupun belum menyeluruh..di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam apa cerita...?



BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

baca laporan seterusnya di sini..


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”


"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

22 comments:

  1. Bukan hukum Allah, ia satu pembohongan. Kerja syaitan & iblis yg sesatkan umat Islam.
    Tak ada dlm Quran 'hukum rejam sampai mati'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam, rejam sampai mati ada kisahnya pada zaman Rasulullah. Dtg seorg prmpuan mengandung mengaku (berzina). Sehingga prmpuan tu melahirrkan anak, barulah baginda Rasulullah suruh laksanakan hudud rejam sampai mati.. tak caye google dan tanye ustaz/ustazah.. kisah ni umum..

      Delete
  2. Salam, berkenaan hukuman rejam sampai mati.. tiada dalil ayat dalam Al quran yang memrintahkan hukuman rejam sampai mati kan? hukuman rejam sampai mati hanya bersandarkan hadis yg dikatakan sahih. jadi sebagai umat ISlam, sepatutunya kita bersandarkan dengan Al quran dulu sebelum disokong oleh hadis2. tetapi bagi hukuman rejam ni, saya rasakan mcm terbalik, kta hanya bersandarkan hadis semata2..sedangkan tiada satu ayat pun menyatakan berkenaan hukuman rejam sehingga mati bagi perempuan yg sudah berkahwin...inginkan penjelasan saudara. sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir TETAPI tidak dinyatakan ianya berlaku selepas atau sebelum ayat Quran 24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.

      Kita tak boleh membunuh orang berzina kerana hukum spesifik mengenai nya ada seperti Quran 24:2 di atas.

      Kalau bunuh juga kita ingkari perintah Allah spr berikut:-

      Quran 4:32 Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman atasnya kerana telah membunuh orang lain atau kerana telah melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia telah membunuh semua manusia

      Quran 17: 33 Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.

      Delete
    2. Salam, rejam sampai mati berlaku pd zaman Rasulullah s.a.w. Datang seorang perempuan mengandung yg mengaku berzina minta hudud dilaksanakan ke atas dirinya. Rasulullah minta prmpuan tu melahirkan anak dulu. Setelah anaknya lahir, baru baginda minta hukuman rejam sampai mati dilaksanakan terhadap prmpuan tadi. Mohon google atau tanye ustaz / ustaxah. Kisah ni umum.

      Delete
    3. Hukum rejam pernah ada dalam Al Quran ttp telah dinasakhkan

      Delete
  3. Drp Sulaiman Bin Buraidah , Drp bapanya yang telah berkata : “ Maiz Bin Malik pernah datang menemui Baginda Nabi s.a.w , maka dia berkata : (( Wahai Utusan Allah , sucikanlah diri saya )) . Jawab Baginda s.a.w : (( Kesiannya engkau , pergilah balik dan mohon ampunlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadanya )) , lalu pulanglah Maiz dan tidak lama selepas itu dia datang kembali menemui Baginda Nabi s.a.w. dengan mengatakan hal yang sama seperti tadi . Peristiwa ini berulang sehinggalah apabila sampai kali keempat, Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepadanya : (( Apakah yang boleh aku tolong untuk mensucikan dirimu ? )) , jawab Maiz : (( Sucikanlah diriku drp dosa zina )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada orang lain : (( Adakah Maiz ini ada penyakit gila ? )) , maka diberitahu kepada Baginda Rasulullah s.a.w bahawa Maiz bukanlah seorang yang gila . Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi ( kepada para sahabat r.a ) : (( Adakah Maiz ini peminum arak ? )) . Maka bangunlah seorang lelaki lalu cuba menghidu-hidu bau pada Maiz dan tidaklah didapati ada sebarang bau arak padanya . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun bertanya lagi : (( Wahai Maiz ! , adakah engkau benar-benar telah berzina ? )) , maka Maiz pun menjawab : (( Ya ! )) , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar Maiz dibawa untuk dijatuhi hukuman rejam ….. “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari rh , al-Imam Muslim , Imam Abu Daud rh , Imam at-Tirmidizi rh , Imam Ahmad rh , Imam al-Baihaqi , Imam Abu Ya’ala rh , Imam al-Bazzar rh dan Imam at-Tobrani rh .

    Kisah Saidina Maiz r.a diatas sebagai kisah yang mutawatir ( sesuatu kisah yang diriwayatkan oleh majoriti para sahabat r.a dan merupakan kisah yang tidak dapat dimungkiri lagi ) . Cuba rujuk : Jamie’ al-Usul ( 4 / 279 ) , Nailul Autor ( 7 / 95 & 109 ) , Majma’ az-Zawaid ( 6 / 266 ) , Nasbur Rayah ( 3 / 314 ) , Subulus Salam ( 4 / 6 ) , at-Talkhis al-Habir ( ms 350 ) , an-Nuzum al-Mutanastir minal Hadis al-Mutawatir ( ms 18 ) .

    ReplyDelete
  4. WACANA / DISKUSI HUKUM HUDUD

    Satu aspek kritikal hukum hudud melibatkan pembunuhan pelaku zina (yg telah mengecapi sex secara halal , atau yg biasa/pernah kahwin) secara perlahan lahan apa bila direjam dengan batu yg tidak besar yg boleh membunuh sekali gus. HUKUM ISLAM KAH ITU?

    Hukuman Zina dalam Agama Nabi Ibrahim AS itu luput untuk kita ....Hukuman Zina dalam Islam yg di bawa Olen Nabi Muhammad SW adalah sebagaimana yg ada tertera dalam Quran...“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim). FULL STOP.

    Hai orang2 Islam, jadilah kamu orang orang yg beraani berkata benar macam penceramah di bawah ini.
    https://www.youtube.com/watch?v=rMljGf64nLw

    Amati baik baik syarahan Sheikh Imran Hosein tersebut. Sesungguhnya Allah sendiri yg menjamin ketulinan kitab suci Al Quran. Tiada jaminan yg sama utk hadith!

    Rasanya kita perlukan sesuatu panduan yg menjurus ke arah kebenaran. Setuju kita tidak boleh berguru dengan YouTube tapi dengan para alim ulama yg terbukti kualitinya seperti ( Maulana ) Dr Fazlur Rahman Ansari dan lain lain..

    SETUJU dengan implementasi HUKUM HUDUD...cuma tang 100 lashes dan rejam tu kena ambil yg benar. Yg benar adalah Al Quran...Hukuman Zina dalam Islam yg di bawa Olen Nabi Muhammad SW adalah sebagaimana yg ada tertera dalam Quran...“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim). FULL STOP. (Allah tak sebut Muhsan bubuh dengan lempar batu dan Ghairu Muhsan 100 rotan. Sebab itu tiada beza hukuman untuk Muhsan dan Ghairu Muhsan )

    Hadith menjadi penerangan kepada Al Quran, misalan nya cara cara sembahyang dsb nya. Dlm hal rejam pula adakah hadith rejam tu BERLAKU PERISTIWA HADITH ITU selepas ayat Quran An-Nur:2 turun? ATAU sebelum nya?...

    Tak siapa menafikan hadith itu hadith Muslim...soalnya adakah hadith rejam tu BERLAKU PERISTIWA HADITH ITU selepas ayat Quran An-Nur:2 turun? ATAU sebelum nya?...

    Siapa kah yg berani menidakkan hukum mutlak Allah yg jelas Dalam Quran An Nur:2 itu..Sesungguhnya Allah sendiri yg menjamin ketulinan kitab suci Al Quran. Tiada jaminan yg sama utk hadith!

    Kena rujuk ahlinya. Hak faham2 sikit..penzina ulamak bg dua..muhsan dan ghairu muhsan. Sebab tu hukuman berbeza.

    Jangan main main, tidak percaya walau satu ayat quran kita automatik kufur

    Al quran kalamullah. Tapi tak kan ulamak mufasirrin tak faham..

    Kita pakat cari kebenaran. Setiap maknusia Allah bagi pemikiran, pembelajaran dan intuition...sama sama kita cari kebenaran

    Satu masalah kita puak2/ustaz ni bila bg pandangn masing2 tunjuk pandai. Org awam jd bengong. Kl tetap dasar Msia pegangannya Ahlisunnah waljamaah dan mazhab shafie..itulah pegangan kecuali kes2 trtentu. Sy rasa org awam pun tak keliru. Tp bila nak tunjuk bisa puak2 ni dok highligt hok khilafiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon utk diadakan diskusi secara ilmiah bersama mufti2 negara dan ulamak fiqh mazhab syafie di dlm tv3...

      Delete
    2. Salam. Hukum rejam sampai mati telah dilaksanakan pd zaman Rasulullah s.a.w. Datang seorang wanita mengandung mengaku dirinya telah berzina. Wanita itu minta dirinya direjam, tetapi memandangkan dirinya sdg mengandung, Rasulullah minta ditangguhkan dulu sehingga wanita itu melahirkan anaknya. Setelah selamat melahirkan anak, wanita itu dtg semula bertemu Rasulullah lalu hukuman hudud, rejam smpai mati dilaksanakan. Mohon tanya ustaz/ustazah atau google. Kisah ni umum dah lama dah..

      Delete
  5. Kalu kita tengok sebelah sana ( Catholic) pulak, para tok alim mereka telah buat kesilapan besar dengan membunuh orang yg tidak bersalah kerana tidak se aliran dengan kepercayaan mereka pada masa itu. Misalnya Giordano Bruno dibunuh kerana dia mempercayai ada lagi planet planet lain yg mengorbit bitang lain selain matahari. Selepas 400 tahun mereka minta maaf ! .ADAKAH KITA MUSLIM NAK BUAT KESILAPAN MACAM TU? KITA PERCAYA HUKUM REJAM ADA LALU KITA REJAM MEMBUNUH PEZINA, 400 TAHUN KEMUDIAN KITA MINTA MAAF?

    [Giordano Bruno Born:1548 , Nola, Kingdom of Naples, in present-day Italy
    Died: Executed February 17, 1600 (aged 51–52) burned at the stake
    in Rome, Papal States, in present-day Italy
    Bruno was executed for saying that there were planets orbiting other stars and some other reasons.
    On February 17, 2000, the 400th anniversary of the execution, Cardinal Angelo Sodano made this statement of profound regret on the part of the Church...“It is not our place to express judgments about the conscience of those who were involved in this matter. Objectively, nonetheless, certain aspects of these procedures and in particular their violent result at the hand of civil authority, in this and analogous cases, cannot but constitute a cause for profound regret on the part of the Church.”]

    ReplyDelete
  6. macam2 pendapat..walaupun guna Quran dan Al Hadist..tetapi macam terpisah2 pulak?kenapa jadi macam tu?
    bila yg ikut hadist..katanya membelakangi Quran.
    bila ikut Quran katanya tak sunnah Nabi.
    Al Quran dan Al Hadist saling kait mengait.tak boleh terpisah diantara keduanya.saling lengkap melengkapi.
    Ada ayat Al Quran yg tidak berapa jelas maksudnya tetapi dijelaskan oleh hadist dan ada hadist macam lemah jer tapi dikuatkan dgn ayat Al Quran.
    Seperti jugalah halnya dgn kes rejam ni..
    Sebelum nak terangkan lebih lanjut mengenai rejam ni..
    Kita tengok dulu dan faham betul2 bahawa Ayat2 Al Quran ini tidak ada yang bersalahan diantara satu sama lain..ini menunjukkan ianya saling kait mengait.
    Orang yang paling solid mengamalkan keseluruhan Al Quran itu adalah baginda Rasullulah s.a.w.
    Ini pernah dinyatakan oleh Syaidatina Asyiah r.ah. "Rasullulah itu umpama Al Quran yg bergerak"
    Ini memberi maksud setiap perbuatan,percakapan,gerak gerinya bahkan diamnya pun adalah Al Quran.
    Apa lagilah kalau nak menghukum hudud khasnya rejam sampai mati ini.tentulah ianya juga adalah dari Al Quran itu sendiri....buktinya?
    Mari kita lihat ayat2 Al Quran ini..
    1.Muhamad itu tidaklah ia berkata2 dari hawa nafsunya sendiri melainkan apa yg telah diwahyukan kepadanya.
    2.Taatlah kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul.
    apabila kamu berbantah2 dlm suatu hal hendaklah kembali kepada kitabullah.
    3.Barangsiapa yg membunuh seseorang bukan hukuman keatasnya kerana membunuh orang lain ATAU TELAH MELAKUKAN KEROSAKKAN DIMUKA BUMI INI samalah seperti ia membunuh semua manusia.
    sengaja sy letak huruf besar kat ayat atas ini kerana ia berkait dgn rejam bagi pesalah yg dah berkahwin.
    Cuba bayangkan suami org berzina dgn isteri org,pastu isteri org tu mengandung dan org akan menyangka bahawa itu anak suami dia..bayangkan kalau dia ada adik perempuan..dan dia boleh jadi wali nikah kpd adik perempuannya sedangkan yg sebenarnya dia bukannya abg senasab.bukankah ini kerosakkan dimuka bumi?
    dan bolehlah kaitkan dgn berbagai2 lagi keadaan memang akan menimbulkan kerosakkan.yg bukan hak dia akan jadi hak dia,contoh harta.

    ReplyDelete
  7. Rejam termasuk dalam hukum had. Umar Al-Khatthab RA menyebut di dalam riwayat Imam Al-Bukhari secara jelas,

    عَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ يَقُولُ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةُ الرَّجْمِ قَرَأْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا فَرَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَإِنَّ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أَحْصَنَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتِ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوِ الِاعْتِرَافُ

    Dari Abdullah bin ‘Abbas, dia berkata, Umar bin Al Khaththab berkata, -dan beliau duduk di atas mimbar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam-, “Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa kebenaran, dan menurunkan Al Kitab (Al Qur’an) kepadanya. Kemudian di antara yang diturunkan kepada beliau adalah ayat rajam. Kita telah membacanya, menghafalnya, dan memahaminya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaksanakan rajam, kitapun telah melaksanakan rajam setelah beliau (wafat). Aku khuwatir jika zaman telah berlalu lama terhadap manusia, akan ada seseorang yang berkata, ‘Kita tidak dapati (hukum) rajam di dalam kitab Allah’, sehingga mereka akan sesat dengan sebab meninggalkan satu kewajiban yang telah diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya rajam benar-benar ada di dalam kitab Allah terhadap orang yang berzina, padahal dia telah menikah, dari kalangan laki-laki dan wanita, jika bukti telah tertegak, atau terbukti hamil, atau pengakuan.” (riwayat Bukhari, Muslim, dan lainnya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan Saidina Umar mengenai ayat rejam itu tidak betul. Semaklah Quran anda. Mana ada ayat rejam?

      Delete
    2. tapi, darah yg halal adalah orang yang membunuh, murtad dan oranv yg telah berkahwin berzina. Fahamkan ayat tu. Habis, orang bujang berzina je dpt balasan, org kahwin bebas berzina terutama isteri orang ?? Ape fungsi hantaran tinggi2, kemudian NUSYUZ ? Suami dayus ke ?

      Delete
    3. Pd zaman Rasulullah s.a.w, dtg seorang wanita mengandung mengaku telah berzina. Wanita itu minta hukuman rejam dilakukan ke atas dirinya. Baginda minta wanita itu tunggu sehingga anak tersebut lahir. Setelah anak itu lahir, wanita itu dtg semula, lalu Rasulullah minta hukuman hudud, rejam sampai mati dilaksanakan ke atas wanita itu. Mohon tanya ustaz/ustazah atau boleh google. Kisah ni umum.

      Delete
  8. Hukum rejam tak ada perkaitan dlm alquran. Nak ikut hadis atau alquran. Sama jugak lah nak ikut ulamak ke atau nak ikut islam. Mana satu yg betul....

    ReplyDelete
  9. Dari Aishah be1iau berkata Rasullah s.a.w. telah bersabda maksudnya, "Hendaklah kamu elakkan hukuman hudud daripada orang-orang Islam sedaya upaya kamu, jikalau terdapat jalan keluar kamu biarkanlah dia ikut jalannya, kerana seorang Imam andainya tersalah pada memaafkan adalah lebih baik daripada tersalah pada menghukumkannya• (At-Tirmidhy, Jami As-Sahih IV, 33j Miskhat-ul-Masabih VI. 2 muka surat 544 Hadith 102).

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Woww ini lah zamannya yg disabdakan nabi Muhammad s. A. W.,

    ReplyDelete
  12. tingkatkan takwa dan amal insyaAllah Allah swt bukakan jln penyelesaian bkn berbahas tegakkan pendapat masing2.. kita di akhir zaman skrg bkn d zaman nabi saw.. Iman msg2 ciput kejap masuk kejap kluar.. Istiqfar byk2

    ReplyDelete